Sejarah Pemikiran Ekonomi Islam



PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM  DI KALANGAN PARA ULAMA ISLAM ZAMAN SILAM


MUQADDIMAH

1.   Para ulama Islam zaman silam merupakan hasil sistem pendidikan Islam yang tidak memisahkan antara pendidikan duniawi dan ukhrawi; antara hukum syar'i dan pengurusan diri serta negara; antara agama dengan aspek-aspek kehidupan lain seperti politik, ekonomi, sosial dan pembangunan tamadun.

2.   Pengkhususan ilmu dan penglibatan di kalangan ulama beriaku yang berorientasikan kepada fiqh, tasawwuf dan falsafah.  Tetapi, pengkhususan ini pula tidaklah sampai menafikan relevansi sumbangan mereka kepada bidang yang dikenali hari ini sebagai ekonomi.

3.   Jika dianalisis sumbangan pembangunan, pemikiran dan katakata para ulama ini, maka bolehiah dirumuskan bahawa ada sebahagian usaha mereka yang mempunyai kesan yang relevan untuk sepanjang zaman, dan ada pula yang sekadar mencerminkan tuntutan setempat dan sezaman.

4.   Ramai ulama zaman silam yang telah menghasijkan ilmu-ilmu yang asli dan bukan sekadar menulis apa yang telah diperkatakan sebelum mereka.  Pintu ijtihad yang terbuka benarbenar telah dimanfaatkan demi mengembangkan khazanah ilmu yang ada.

5.   Pergaulan para ulama ini juga tidak terbatas pada kalangan mereka sahaja.  Malah ada yang telah menjawat jawatan perdana menteri (seperti Nizam al-Mulk at-Tusi), wazir (seperti alGhazali), panglima perang (seperti Ibnu Taimiyyah) dan qadi besar (seperti Abu Yusuf).  Maknanya memegang jawatan dalam masyarakat tidak menghalang iltizam dan tanggungjawab mereka untuk menyumbang pada Hmu dan keperluan sezaman dan setempat.

 PEMIKIRAN FASE 1
(awal islam - SEHINGGA 450H/1058 M)

Para Fuqaha    :          Menyentuh tentang apa yang sepatutnya wujud dalam masyarakat.

Para ahli tasawwuf:     Menyentuh tentang pembentukan  insan yang tidak terlalu mementingkan urusan duniawi.

Para ahli falsafah:       Menyentuh tentang pendekatan yang bersifat global dan pembentukan masyarakat ideal.
 Senarai ulama fasa 1:
Abu Yusuf, al-Muhasibi, Muhammad bin al-Hassan, Abu Ubaid, Junaid al-Baghdadi, al-Mawardi, Ibnu Miskawih, semua ulama mazhab.

PEMIKIRAN FASE 2
(SEHINGGA 450H-850H/1058M-1446M)

Kesan-kesan realitas politik begiku sangat terasa dan terjadi pengikisan kekuatan akhlak, namun terdapat kemakmuran dalam perdagangan.

Senarai ulama fase 2:
Al-Ghazali, Ibnu Taimiyah, Ibnu Khaldun


PEMIKIRAN FASE 3
(SEHINGGA 850H-1350H/1446M-1932M)
  
Terjadi Pembekuan dan kejumudan dalam pemikiran disebabkan kesan penjajahan.  Namun, pada masa yang sama, lahirnya gerakan reformasi.

Senarai ulama fase 3:
Shah Wali Allah, Muhammad lqbal, Jamaluddin Afghani.


PEMIKIRAN FASE 4
(1932M – tahun 1970 an)
  • Kemerdekaan negara-negara islam dan negara yang mayoritas umat islam.
  • Awal gerakan pemurnian pemahaman islam dan mengenal kembali identitas muslim secara  kaffah.

PEMIKIRAN FASE 5
(1970 an- Sekarang)
  • Awal gerakan bermunculan lembaga keuangan Islam.
  • Menggali berbagai prinsip syariah yang dapat diterapkan di berbagai lembaga keungan Islam.
  • Membuat hal-hal baru dari pengembangan fiqh muamalah yang dahulunya telah dibuat pada generasi awal menjadi akad-akad baru yang tidak menyalahi aturan syariah.

KULIAH 8
KONSEP EKONOMI DALAM ISLAM
Objektif
Diakhir pelajaran anda akan dapat:
  1. Menjelaskan falsafah, prinsip dan tujuan ekonomi dalam Islam.
  2. Menerangkan etika dalam aktiviti-aktiviti ekonomi.
  3. Membandingkan secara fizikal sistem ekonomi moden (Kapitalisme-Liberal Sosialisme) dengan sistem ekonomi Islam
  4. Mengenalpasti bentuk ekonomi moden dan dampaknya ke atas penghayatan keagamaan.
  5. Memberikan beberapa contoh pencapaian dahulu dan sekarang.
Bacaan yang diperlukan:
  1. Khurshid Ahmad (ed), (1980), Studies In Islamic Economic, The Islamic Foundation, Leicester, United Kngdom.
  2. Surtahman Kastin Hasan, (1993), Ekonomi Islam: Dasar Dan Amalan, DBP, Kuala Lumpur./
  3. Muhammad Nejatullah Siddiqi, (terj: Mohd Amin Abdullah), (1989), Pemikiran Ekonomi Islam, Suatu Tinjauan Penulisan Semasa, DBP, Kuala Lumpur.
Tajuk-tajuk dalam bab ini:
  1. Definisi Ekonomi Islam
  2. Falsafah Ekonomi Islam
  3. Prinsip Ekonomi Islam
    1. Kebebasan Terhad Dan Menurut Nilai-nilai Mutlak
    2. Hak Milik Swasta Atau Awam
    3. Campurtangan Pihak Penguasa.
    4. Prinsip Keadilan Sosial
    5. Prinsip Kemuafakatan
    6. Prinsip Istikhlaf
    7. Prinsip Bekerja dan Ganjaran
    8. Prinsip Keuntungan dan Kerugian
    9. Prinsip Menjauhkan Daripada Melakukan Kerosakan
  1. Tujuan Ekonomi Islam
  2. Aktiviti Ekonomi Menurut Perspektif Islam
  3. Etika Aktiviti-aktiviti Dalam Ekonomi.
  4. Perbandingan Sistem ekonomi Moden Dengan Ekonomi Islam
  5. Ekonomi Moden dan Dampaknya Keatas Penghayatan Keagamaan
  6. Beberapa contoh Pencapaian Dahulu dan Sekarang
    1. Bank Islam
    2. Al-Rahn(Pajak Gadai Islam)
    3. Zakat
    4. Takaful (Sistem Insurans Islam)
    5. Pusat Pungutan Zakat
    6. Saham dan Institusi
    7. Sistem Perbankan Tanpa Faedah
    8. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
    9. Lembaga Urusan Tabung Haji

Rujukan tambahan

Untuk mendapat maklumat tambahan mengenai tajuk sila rujuk buku:
  1. The International Institute Of Islamic Thought, Toward Islamization Of Knowledge, Herndon, Virginia, USA, 1989

Soalan Penilaian

  1. Jelaskan perbezaan-perbezaan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi Barat.
  2. Huraikan prinsip keadilan dan pengagihan sama rata di dalam perekonomi Islam.
  3. Bincangkan peranan swasta dan pemerintah di dalam mengwujudkan peluang samarata dan membasmi pengangguran di dalam sistem ekonomi Islam.
  4. Terangkan prinsip kerjasama di dalam ekonomi Islam.

0 Response to "Sejarah Pemikiran Ekonomi Islam"

Post a Comment

SITEMAP

Contak Us